Archive for the ‘whoa!’ Category

h1

tomorrow

January 4, 2009

assalam

tomorrow’s going to be an election in my campus, and also will be my last day as a caretaker and always be a former leader in my university. its been a lot of experience, the good and the bad. but i bet, the good will not be remain good forever and the bad will not be remain bad forever. i drop tears a lot along the way and i laugh a way more worth than my tears. friendship and teamwork, leaders and followers, decisions and consequences, ups and downs,, yeah, i learn a lot!

it is sad that im going to leave my position and it is good that im  leaving the throne for the better man.  i am saving the next step im going to take in my workplace, and i know its tougher than one’s ever told. before this i’ve done a lot of immature decision, careless statement, silly mistakes and not forgetting not so sincere act. it taught me that no one is perfect, but u can be as perfect as a man can be. i experiment that quote many times, and i hope it did not end here except when im facing my own ending. :)

and after tomorrow, im going to post a lot!

ihasta luego!

h1

ralat kesilapan

January 3, 2009

assalamualaikum..

ralat (awkward) sebab satu mistake, hasilnya = dipulaukan dan dipinggirkan. layaknya mungkin diberi peluang. tapi betulkah? takut kesalahan yang satu itu diulangi.

cukup terasa kalau ia di tempat aku. cukup terkilan kerana mungkin jasa seseorang itu akan selenyapnya dilupakan kerana satu kesalahan yang dia tak sedar dia lakukan. suruh ia dijadikan pengalaman. tapi akan ada kah pengalaman seperti waktu itu datang semula?

cukup sedih. aku rasa sedihnya.

realitinya, toast to the person. yang dipulaukan dan yang memulaukan. yang dipulaukan kerana anda tak perlu bersusah-susah lagi untuk mereka dan yang memulaukan kerana tak perlu risau kesilapan yang sama akan dilakukan semula oleh orang yang sama.

orang yang lain untuk kesalahan yang sama, hanya Allah saja yang tahu.

ralatnya.

h1

Jadi kawan yang baik

September 16, 2008

AH-ha..Assalamualaikum n salam sejahtera.

Harini aku nak bercerita tentang jadi kawan yang baik. Macam mana nak jadi kawan yang baik. Aku? Mm…aku ni bukan kawan yang baik sangat, tapi aku cuba untuk jadi kawan yang baik. sebab, aku ni manusia biasa jer. pada aku, kita saja yang mampu buat kawan kita jadi kawan yang baik.

Pertama sekali bila kita berkawan, kita mesti ikhlaskan hati. janganlah berkawan sebab kita nak minta balasan daripada mereka. Dan jangan pula sebab terlalu lurus dan ’baik hati’ kita dipergunakan oleh kawan kita. Maksud aku dengan ikhlaskan hati ialah, kita mesti sincere kalau buat sesuatu untuk mereka. Contohnya aku tolong kawan aku kemaskan tempat mereka kerana mereka terlalu sibuk. Bila aku sibuk pulak, taklah aku mengharapkan mereka kemaskan tempat aku semula.

Kedua, bersabar. terutamanya kalau kawan tu jenis yang tak boleh sorang2 dan minta kita tunggu mereka. Kalau korang rasa korang ikhlas untuk tunggu, jadi tunggulah. kalau tak, tak payah lah nak paksa diri sendiri untuk ikut kemahuan mereka.  Sama juga dengan word compromise. just be yourself, n the world, ur friend will accept u for who u are.

Ketiga, jangan berbohong. senang kata kena berlaku jujur. aku selalu jadi orang yang berterus terang pd kawan2 aku. kenapa? sebab itu yang aku rasa aku patut untuk buat. kadang2, kita merasa tanggungjawab kita untuk membela diorang dan menjaga hati diorang dalam apa2 keadaan sekalipun. salah. kita perlu menjga hati sekiranya patut. kalau kita sayangkan kawan kita, jangan biarkan dia terus melakukan kesalahan yang sama. tegurlah. tegur. tak salah menegur. tapi tegur tu biarlah berhikmah. jangan kesalahan tu kita sendiri buat, tapi kita nak menegur kawan kita. dan seeloknya, kena selalu sama2 ingat-mengingatkan. have to bear in mind that human is not perfect. mesti ada yang kurang.

keempat. jangan pentingkan diri sendiri. kalau kita nak menjadi kawan yang baik, seharusnya kita perlu ambil kira kepentingan orang lain juga. ada seorang yang aku kenali, nak justify dia kawan aku atau pun tak pun so-so, ntahlah nak kata dia macam mana. selalu sangat pentingkan diri. analoginya seperti ini, kawan2 kena berkorban untuk dia, tapi kenapa harus dia berkorban untuk kawan2? Aku selalu tegur dia. tapi, sifat dia tak pernah berubah. tak pernah cuba pun. kalau korang jumpa org macam ni, jangan jemu untuk menegur. Doalah supaya satu hari nanti dia akan nampak apa yang dia selalu buat pada orang lain.

banyak lagi. tapi sambung nanti ya. aku kena submit journal esok. see u than :)

konvensyen mpp

konvensyen mpp

h1

bosannya……….!

September 8, 2008

shah;
najma, i need u to mail me the list name of secretariat for fishing competition.
i said;
shah, i have two test today, perhaps i would sent it tommorow.
i whispered :
shah, i have enough of your order. bosannya.!

faculty ;
u need to return the material that u have been responsible of before this faculty take an action against u.
i said ;
im sorry, i need time to follow the procedure.
i whispered ;
is that my responsible? ah, to hell.. bosannya.!

najma this, najma that, oohhhhh
najma tolong nie, najma pergi jumpa dia, najma najma najma…

bosannya….!

h1

Doa yang ditunaikan

September 5, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

hari minggu yang lepas aku bawa balik seorang kawan ke rumah. untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama aku bawa balik kawan ke rumah. Dia kawan baik aku. aku kenal dia da lebih dua tahun. baik, tak pernah aku curiga pada dia. perempuan.

everything’s goes well until after i went back to college, my mum call me said that something very precious in my house went missing. mahal. mereka dah cari dua hari tapi tak jumpa2. n then call untuk beritahu aku dan tanya whether aku ada amik atau tak. dan tanya juga pada aku yang kawan aku tu sebenarnya orang yang macam mana. tapi aku defend pada family aku yang dia bukan org yang mereka fikir, ‘carilah dulu…..’

malam tu aku tak senang tidur. esok ada exam. mmm….so, aku ambil keputusan untuk solat, baca doa, dan kelebihannya adalah sekarang bulan ramadhan. aku doa dengan sungguh2. sungguh2! dan sebelum tidur, aku bagi msg pada kawan2 yang lain (selain kawan baik aku) untuk doa sama2. mlm tu aku menangis. harap2 semua settle secepat mungkin.

pagi esoknya, after sahur. pukul 5.30pg. ibu telefon. barang yang hilang dah jumpa. di tempat yang ayah aku dan ibu cari beribu kali.

banyak hikmah yang aku dapat. kamu?

h1

bila aku marah

September 4, 2008

assalamualaikum.

bila marah, selalunya apa yang akan kita buat? kalau aku, aku akan kutuk gila2 la orang tu. lepas tu mengumpat, mencanang cerita. sangka buruk, mula la buat cerita bukan2. memang dah tak percaya dah kat mahluk yang buat kita marah tu. lagi-lagi kalau kesalahan yang dia buat tu mmg unforgiven.

lagi, kalau aku marah, aku akan marah orang tu balik. kadang-kadang tu sampai jeritan aku buat hati aku rasa gila2 puas. memang puas lah. da la hati tgh panas. nak2 kalau tgh penat n tension. kutuk dia gila-gila dalam hati, + cursing word, + yang kaw2 punya lah~.

lepas aku da cool down aku rasa menyesal.

kan elok kalau masa aku marah aku ingat benda baik yang dia pernah buat pada aku. jadi logic siket. tak cool seh kalau menjerit kat orang. cuba kalau bnd yang aku marahkan sebenarnya salah faham je? buat malu tu, ntah2 lepas ni aku da segan nak jumpa org tu lagi……aiseyh..dah la tak cool, huduh lak tu masa marah..

kan bagus kalau aku tak marah……….

kan?

h1

admiring a person

August 27, 2008

salam sejahtera.

pernah tak anda admire seseorang? bukan maksudnya admire tu yang tidor tak lena, mandi tak basah..yang cool2 je..yang admire n then nak mencontohi dia…aku ada byk org yang aku admire.nak jadi macam dia.well, be like them and set them as your role model isnt so hard. its fun actually.

aku ada seorang kawan, lelaki biasa, dulu2 dia mmg aku menyampah la.serius….tapi ada something yang aku dapat tgk dari dia, perubahan yang dia mampu tunjuk secara tak sengaja pada aku, buat aku admire pada lelaki ni. dulu, dia slalu mengamuk, panas baran, rasanya bila nampak muka dia, aku nak blah. tak mau datang dekat…..tapi sekarang ni, he had change my perception. buat aku senang dengan dia…. konklusinya dia adalah org yg paling cool kat mata aku sekarang (haha)..

tapi kadang2, berbolai ke kita admire pada org? anda rasa camner ek? aku perlu admire orang lain. aku tak tinggal kat bumi ni sorang2, tapi kadang2 aku rasa tak berbaloi gak. aku bagi satu contoh ye, aku admire this person, so i tried to pleased him, try to make him feels that he’s really important to me…tapi sekarang ni aku rasa unworthed pada mata dia…tak dihargai. sebabnya, mungkin dia dah lali sangat kot….mmm, jadi anda kene la buat agakan sendiri……. :)

solution:

% admiring = %relevanity

relavanity+history= [%worth] — is it worth?

conclusion : be wise when u admired someone!

h1

Pemimpin dan kepimpinan

August 9, 2008

pilih-pilih tempat mandi,
antara teluk ataupun pantai,
pilih-pilih tempat menjadi,
antara elok ataupun pandai.

heheh..suka aku ngan pantun niyh…macam dah jadik guideline hidup pulak. hari ni aku nak kongsi tips untuk jadik pemimpin yang baik, baru berilmiah siket kan? k k…

kepimpinan yg baik mempunyai elemen 3A:

  • Agama
  • Ahlak
  • Akademik

korang tgk elemen kat ats tu. pemimpin bukan lah bermaksud seseorang yang berada dalam arena politik atau ketua2 sebuah jabatan, aku dan anda pun boleh jadi pemimpin tapi takdelah di statekan secara harfiah dan lahiriahnya. anda sekarang pemimpin n memimpin diri anda. tak mcm tu ka? lepas ni, jadilah diri yang baik untuk diri sendiri…tu, elemen 3A kat atas tu..

N then gejala negatif yang perlu dilawan dalam diri form dalam bentuk AIDS. bukan aids yang kena masuk hospital tu, tapi aids aku lain…aku ambil dari seorang pemimpin dalam satu konvensyen,

A-Arrogant (sombong)
I-Ignorance (tidak mengambil tahu)
D-Decadence (Kakisan – nilai2 murni)
S-Stupidity (Kejahilan)

Aids ni adalah tips untuk jadi pemimpin yang peka.elakkan lah sifat2 ni. kalau anda sombong, mmg la selama2 nya org takmau co-operate dgn anda, kalau anda ignorance, anda akan ketinggalan. macam tu la seterusnya…..

aku juga ada COCONUT KISS.heheh….ambil dari Datin Paduka Sharifah Mazlina – Polar expeditor

C-Communication – Komunikasi mst baik..
O-Organize – Pengurusan yang cun
C-Confidence – Keyakinan yang mc tembok China
O-Overall – Menyeluruh, bukan cilok2
N-Neutral – takmau bias ataupun melayunya pilih kasih
U-United – Bersatu
T-Time Oriented – menepati masa

K-Knowledge – bykkan pembacaan
I-Inisiatif
S-Skills – Kena bykkan involvement
S-Smart baby!

Tu je~~ selamat meng-apply!

h1

Meja 33

July 16, 2008

hehe..salam.

kali ni nak post something yang lain. ttg meja 33. kira kongsi crita la…beberapa hari lepas aku dijemput ke satu program, Hotel Pan Pacific KLIA. mmg best. yang paling best bila aku dapat kenal dgn kawan2 baru..blum pernah lagi dalam hidup aku bila tak sampai 24 jam kenal, dan berpisah, aku da start rindu diorang…rindu gila2la..hahah

-haikal-saiful-anis-najma-zainol-mOkge-
yang pasti aku akan ingat sampai aku lupa..hahahah

Who’s next, what’s next, around the WORLD in 80 days, n all the riddles..its fantastic man! i hope this thing will always remain as a pleasant memory in my heart n mind..May Allah bless them all. Amin.

h1

heyho

June 25, 2008

menangis. menangis ni benda yang apa org ckp tu,, luahan hati ek? bila aku nk menangis dan aku tak menangis, hati aku gile2 kutuk diri sendiri. aku nak menangis, tapi aku takut menyesal. waktu yang paling aku rasa sesuai untuk menangis adalah waktu aku penat, dan sibuk. tekanan.

kenapa aku tak menangis? sbb ego. aku ego. aku takmau kalah dengan hati sendiri. jadi aku tak menangis. benda tu sebabkan hati aku marah. macam mana nak lupakan hati yang marah? ketawa. yes, ketawa. aku suka ketawa. bila ketawa aku rasa lega. hilang segala macamm jenis penyakit hati dan akal yang ada dalam badan aku. tapi…

tapi bila aku kembali seorang, hati aku jadi makin marah. ia jadi makin sakit. otak makin jadi letih dan lesu. dan sekarang aku dah mula untuk menitiskan air mata.

ia mula ke titik ‘menangis’. resolusinya adalah tangisan. ego macam tembok pasir yang aku bina di pantai. angin macam jiwa aku yang sendirian, letih, lesu dan hilang. ombak pula macam airmata yang jatuh dari ciptaan Allah yang satu ni ~ ombak hasil dari angin yang bertiup dan meroboh pasir. diterjemah dengan satu ayat. penuh makna.

ia berulang, macam satu kitaran kehidupan. sumber angin itu masih sentiasa datang dan semakin panjang perjalanan angin, makin kuat ombak yang akan menghempas dan menggila. mungkin seperti tsunami dii jepun. aku tunggu. aku tahu kamu juga akan tunggu.