Archive for the ‘Uncategorized’ Category

h1

israel, pls go to hell

January 22, 2009
h1

Jadi kawan yang baik

September 16, 2008

AH-ha..Assalamualaikum n salam sejahtera.

Harini aku nak bercerita tentang jadi kawan yang baik. Macam mana nak jadi kawan yang baik. Aku? Mm…aku ni bukan kawan yang baik sangat, tapi aku cuba untuk jadi kawan yang baik. sebab, aku ni manusia biasa jer. pada aku, kita saja yang mampu buat kawan kita jadi kawan yang baik.

Pertama sekali bila kita berkawan, kita mesti ikhlaskan hati. janganlah berkawan sebab kita nak minta balasan daripada mereka. Dan jangan pula sebab terlalu lurus dan ’baik hati’ kita dipergunakan oleh kawan kita. Maksud aku dengan ikhlaskan hati ialah, kita mesti sincere kalau buat sesuatu untuk mereka. Contohnya aku tolong kawan aku kemaskan tempat mereka kerana mereka terlalu sibuk. Bila aku sibuk pulak, taklah aku mengharapkan mereka kemaskan tempat aku semula.

Kedua, bersabar. terutamanya kalau kawan tu jenis yang tak boleh sorang2 dan minta kita tunggu mereka. Kalau korang rasa korang ikhlas untuk tunggu, jadi tunggulah. kalau tak, tak payah lah nak paksa diri sendiri untuk ikut kemahuan mereka.  Sama juga dengan word compromise. just be yourself, n the world, ur friend will accept u for who u are.

Ketiga, jangan berbohong. senang kata kena berlaku jujur. aku selalu jadi orang yang berterus terang pd kawan2 aku. kenapa? sebab itu yang aku rasa aku patut untuk buat. kadang2, kita merasa tanggungjawab kita untuk membela diorang dan menjaga hati diorang dalam apa2 keadaan sekalipun. salah. kita perlu menjga hati sekiranya patut. kalau kita sayangkan kawan kita, jangan biarkan dia terus melakukan kesalahan yang sama. tegurlah. tegur. tak salah menegur. tapi tegur tu biarlah berhikmah. jangan kesalahan tu kita sendiri buat, tapi kita nak menegur kawan kita. dan seeloknya, kena selalu sama2 ingat-mengingatkan. have to bear in mind that human is not perfect. mesti ada yang kurang.

keempat. jangan pentingkan diri sendiri. kalau kita nak menjadi kawan yang baik, seharusnya kita perlu ambil kira kepentingan orang lain juga. ada seorang yang aku kenali, nak justify dia kawan aku atau pun tak pun so-so, ntahlah nak kata dia macam mana. selalu sangat pentingkan diri. analoginya seperti ini, kawan2 kena berkorban untuk dia, tapi kenapa harus dia berkorban untuk kawan2? Aku selalu tegur dia. tapi, sifat dia tak pernah berubah. tak pernah cuba pun. kalau korang jumpa org macam ni, jangan jemu untuk menegur. Doalah supaya satu hari nanti dia akan nampak apa yang dia selalu buat pada orang lain.

banyak lagi. tapi sambung nanti ya. aku kena submit journal esok. see u than :)

konvensyen mpp

konvensyen mpp

h1

im in love with pets

September 10, 2008

hei hei

i love pets. lagi2 yang boleh dibela, dipegang dan disayang. kucing, arnab, ikan (pun aku pegang jugak tau), ayam, hamster, n byk2 lagi…

kucing paling comel dan paling aku suka. suka sangat. before this ada sekor kucing dekat hostel aku. nama dia meme. dia tgh mengandung dalam bahasa binatangnya bunting. hehe. satu malam, dia cam tak keruan, mengiau jer…takmau kluar rumah, asik ikut aku. so, bila aku belajar dekat meja study, dia baring bawah meja aku. aku sediakan kotak sebab takmau dia kotorkan tempat tu. bila pukul satu pagi aku nak blah tido, dia still ikut. so aku stay up sampai pukul tiga. esoknya aku bangun, dia dah ada lima ekor anak yang comel. kawan2 panggil aku ibu kucing. kalau aku ibu kucing, aku ni nenek la pada anak2 meme? confuse confuse……

arnab. suka jugak arnab. makcik aku tinggal dekat sebelah rumah aku. dia bela banyak arnab. pada masa yang sama, aku la orang yang selalu jenguk-jengukkan binatang tu, bagi makan n minum. tapi arnab ni kan, kalau lepas dia lahirkan anak, sila jangan pegang anak-anak arnab itu tuan-tuan dan puan-puan. nnt baby-baby arnab itu akan mati kerana ibunya tidak mahu lagi menyusukan mereka.haha. lama juga bergelimpangan dengan binatang2 tu. tapi bila makcik aku meninggal, :( pakcik (suami dia) lepaskan semua arnab2 tu. sekarang ni sekor pun aku tak bela lagi.

aku suka binatang. tak kesah la binatang apa. kalau anjing dan b.a.b.i tu tak terlalu banyak syaratnya untuk dipegang, mungkin aku dah buat haiwan peliharaan. believe me?

masa kecik2 aKU nak jadi veterinar, tapi sekarang da besar degree aku dah terjauh menyimpang. tapi tak kisahlah. no regrets.

sekarang ni ada satu impian. nak buka petshop. yikes!!! wish me success!

p/s: aku tulis ni sebab sedih jumpa sekor baby kucing yang baru lahir. kawan kata dia anak luar nikah. tak patut betul. esok, kalau dia ada lagi, aku nak bawak balik- mesti kena marah dengan kawan sebilik…tolongggg……!!

h1

temanku sejak kecil

September 4, 2008

Assalamualaikum semua.

harini aku nak cerita tentang mimpi. Tentang mimpi yang hadir sekali-sekala jika aku berdoa agar diberikan oleh Allah seorang pasangan hidup (hehe) yang baik hati, beriman, dan boleh membimbing aku. selepas setiap kali aku berdoa, aku akan bermimpi. seseorang. yang sama, yang akan berubah figuranya setiap kali. dia akan hulurkan tangan nya dan senyum pada aku.

tapi aku tak pasti aku sambut tangan tu atau tak.

dialah teman aku sejak kecil. :)

teman kecilku

h1

Cerita tentang adinda ADi

July 24, 2008

assalamualaikum w.b.t

adi putra. mst korang da kenal kan siapa dia, kanak2 genius matematik. tapi korang nak tahu, adi bukan setakat tu, adi lebih dari itu.

Maaf ye adik ADi, akaknak cerita siket pasal ADi pada kawan2 akak..

Comel, manja, n baik hati. selalu nak tolong orang. walaupun sebelum ni aku tak pernah berminat dan berniat untuk kenal dengan ADi PUTRA, tapi satu hari ALLAH bagi peluang dan bukakan pintu hati aku untuk kenal adik adi.

mula2 tu dia pemalu sangat, pendiam, yang aku nampak dia sangat patuh pada orang tua dia. setiap salam yang org tuanya beri dia akan jawab dengan baik sekali. malam tu kami keluar bersama, aku tengok dia dengan mama nya, Puan Serihana, sangat manja, macam kanak2 lain. adik beri kami byk tips dalam hidup dan ajar kami siket math – walaupun aku mmg lmbt pick-up math ni..heheh..

MMg hari tu aku sgt letih, kelas dari awal pagi sampai petang, kul 6 lebih..rasa mls nak keluar, tapi sebab hati ni terpanggil nak jumpa adik…Entah macam mana, malam tu kami keluar sama2 hingga jam 2 pagi, aku langsung tak penat, ngantuk pun tidak…balik rumah siap basuh kain lagi….

Kat sini aku terima byk pandangan tentang ADi, ada yang kata dia cuma genius math, tak payah la besarkan2, ada yang kata dia tu gifted-jadi tak heranlah~, ada yang kata dia kerek la~ aku tak balas, tapi lepas aku jumpa ADi malam tu, aku nak beritau korang yang semua pandangan negatif tu tak benar, kalau korang kenal dengan ADi, dia jauh lebih baik dari itu…..cuba pandang dengan mata hati, jgn tgk atas dasarnya saja, nnt korang rugi…

haha..aku cakap atas pengalaman!

h1

yang terbaik

June 28, 2008

assalamualaikum w.b.t

bukan semua org blh beri yang terbaik. walaupun kita dah cuba sedaya upaya, dan mungkin yang termampu kita lakukan..tapi masih bukan yang terbaik.

bukankah apabila kita melakukan sesuatu, pasti dan pasti ada manusia yang akan berharap. aku juga pernah berharap sama seperti anda. cuma aku tahu yang kadang2 harapan tu cuma mainan akal sahaja. anda percaya kah yang aku sudah cuba untuk tidak memberi harapan pada sesiapa dan apa2? mungkin bunyi itu pelik. tapi cuba tanya pada diri anda sendiri,

adakah aku pernah dikecewakan, dilukakan dan disakiti?

kalau pernah, cuba ingat kembali…org yang anda kenalikah yang memberi harapan atau anda sendiri yang menabur harapan? salah siapa ya? haha. tepuk dada, tanya hati dan tanya minda. itu yang aku sudah lakukan..berhenti berharap.

tapi masalah timbul bila org lain yang berharap pada anda, pada aku. tak mampu nak di elak. anda dan aku cuma perlu lakukan yang terbaik. biarpun mungkin sudahnya mereka mengatakan yang anda menghancurkan harapan mereka. ha~ jgn menuduh dulu..cuba anda pula berdiri di kaki mereka…mungkin anda juga akan katakan begitu….

sama seperti aku. aku cuba ingatkan aku sendiri. cuba lakukan yang terbaik. cuba.

h1

Apa yang Geert Wilders mahu?

April 4, 2008

Assalamualaikum w.b.t, Good day,

mesti anda dah pernah dengar nama ni rite? nama mahluk yang belum beragama Islam dan menghina Islam dengn filem pendek FITNA.

i’ve seen the film myself. Aku sangat marah, dan apparently it’ll ruin my mood for the whole week. Ya Allah, sangat terukkah apa yang dia pandang pada Islam? Bukakanlah pintu hatinya untuk menerima Islam. Aku pasti dan pasti, sekiranya Wilders ini memeluk Islam, dia akan menjadi Muslim yang unggul.

Aku tahu yang Wilders ni mahu buat provokasi pada orang Islam. Dia mahu tunjukkan yang Islam itu memang sesuatu yang ganas, sekejam dia melabelkan islam sebagai Islamism, satu ideologi yang negatif.

Aku sedih, bagaimana karikatur Nabi Muhammad SAW di letakkan sebagai simbol yang aku sendiri tak sampai hati nak terjemahkan, ayat2 al-Quran diterjemahkan sesuka hati dan dihina. sedih sangat. Aku minta pada Allah dalam doa aku supaya Allah peliharakan kebaikan nama Nabi Muhammad SAW, minta peliharakan kitab suci Al-Quran, aku masih yakin, setiap kejadian ada hikmahnya sendiri. kalau anda punya hati yang kuat dan bersedia, lihatlah isi kandungan filem tersebut. tapi aku minta, anda bukakan pintu mata dan hati untuk mencari jalan penyelesaiannya, bukan untuk meghamburkan kemarahan, tapi untuk mengubah persepsi yang negatif ni.

Sila Boikot barangan Belanda.~ini salah satu cara. tapi aku ada cara aku sendiri.

Baru2 ni aku berkenalan dengan Umi, Mumtaz Fakir-Managing Director of Mumtaz Trading. Beliau berikan aku satu peluang, dan aku tahu ini bukan peluang yang aku boleh dapat dengan mudah. Aku dah bersedia. Terima kasih Umi.

Salam Sejahtera.

h1

saka

April 4, 2008

assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera

 gempak kan tajuk kat atas nie? macam ye2 je…tapi sebenarnya kat dalam dunia ni percaya atau tak memang wujud benda2 yang macam ni. dia hidup dalam alam yang kita hidup, makan apa yang mereka boleh makan,. ada agama, pendidikan, dan sebagainya. Cakaplah aku pelik sebab percaya perkara2 macam ni, tapi inilah kenyataannya.

’sebaik2 jin adlah sejahat2 manusia’.

aku tak pernah percaya ayat atau pepatah ni. kenapa kalau jin tu jahat sangat, tapi masih bertuankan manusia? terpaksa ikut semua kata2 tokDukun tu? kadang2 aku fikir manusia ni lagi jahat daripada jin. tak pernah nak duduk diam dengan apa yang dia dah miliki. Sentiasa ada perasaan dengki yang negatif untuk mengatasi orang lain.

Kenapa ada kes macam Nurul Huda Abd Ghani, atau adik Nurin jazlin? Manusia dah cukup kejam untuk dibuktikan. janganlah korang percaya dengan pepatah tu……Baru2 ni aku menghadiri satu seminar tentang kehidupan jin sebagai tetamu jemputan. Memang salah giler kalau aku tolak jemputan tu. Best gile! Banyak yang aku dapat. Bukan tu je, aku dapat aplikasikan pulak untuk aku sendiri…

 Kalau korang nak tau, aku pernah di~~. Bukan takmau cerita lebih2 atau taknak mengaku masa tu, tapi masa tu memang la aku sedar dan tau apa yang aku buat, cuma aku tak boleh nak control. Ketawa, menangis, marah…waktu tu malam, pukul 2 pagi..masa tu ayah aku risau sangat sampai dia berjaga kat ruang tamu satu hari. Aku tahu yang dia sangattt sayang kat aku, macam mak aku jugak. Bila fikir balik, kejadian macam ni memberi kita hikmah yang kita sendiri dapat tahu beberapa hari, bulan atau tahun selepas kejadian. Sesungguhnya aku baru sedar masa aku menaip post ni.

Baru2 ni aku telefon mak aku. Aku terus terang cakap ngan mak aku yang ‘dia’ masih berada dan duduk dalam badan aku. Aku ada belajar dengan ustaz camna nak minta ‘dia’ keluar..dan aku dah aplikasikan. Alhamdulillah, suma pun berjalan dengan lancar. Cuma beberapa potong ayat al-Quran, Ma’thurat dan Yaasin sahaja.

Cuma aku tak tahu ‘dia’ masih berada dalam badan aku atu tidak, Wallahu’ahlam. Aku mohon dia diberi hidayah oleh Allah dan menerima Islam. Amin.

h1

bila warna itu makin kuat

February 24, 2008

salam.

mesti korang ada terbaca post yang dulu2 aku cerita tentang kawan yang suka sangat warna pink kan? well, baru2 ni dia menimbulkan kontroversi..hahah..(sebenarnya aku ketawa menyampah) Gila aku tak suka dengan apa yang dia buat pada kami! mmg dia takder kena mengena dengan aku.even kalau dia ada kena mengena dengan aku, benda pertama yang aku akn buat adalah tumbuk muka dia sekuat hati sebab mencalarkan hati org2 disekeliling aku untuk kepentingan diri dia.

aku jenis yang sangat sukar nak marah. tapi, semua benda ada had nya. Kalau org tu baca benda ni, tahulah, yang aku dah taknak masuk campur hal kau lagi selagi ia takder kena mengena dengan kepentingan diri aku. itu yang kau buat kan? rasa balik!

h1

warna baru

January 16, 2008

salam..

aku ada seorang kawan yang tak kurang cantiknya, tak kurang baiknya. Tapi ada satu ja perkara yang aku tak faham dengan dia. Sangat sukakan warna pink. No offense. aku pun sebenarnya takda la bermasalah kalau dia suka warna pink pun,.tapi bila semua barang dia pink, cooler pad pink, toaster pink, baju n beg pun sume sama ja,, boring gak tengok…

dan ada satu masalah lagi, dia mmm…semalam aku baru ja halang dia dari cutting her wrist even more deeper. Senang kata commit suicide lah~ bukan main2, tapi she’s been doing this crazy stuff to threaten people n to win. the motive is to win. Hell, i dont give a damn. but i think she doesnt know that even if she cut her wrist just in the upper surface, pisau karat yang dia guna boleh affect dia. And no one knows that it would cause her to fatal!

Apa kaitannya dengan pink? aku tak salahkan warna tu, tak salahkan dia juga. tapi dia tak pernah cuba untuk terima warna lain. Warna baru. Katakanlah bf dia tu pink, n she had broken up with him, try to search for another colour, but for God sake, she’s an obsessed maniac. Bukannya takda warna lain…

I cant help her any longer coz i will be the one to blame. taknak kepoh2 lagi. (huhu). Aku pun perlu cari warna baru. Macam dia perlu.