Archive for the ‘Koloni Maharaja’ Category

h1

nasihat maharaja

December 11, 2007

arakian disambung cerita,

hari ini maharaja mencemar duli untuk menghantar puteri keempat ke tempat urusan puteri tersebut. Dan di dalam perjalanan ke sana, Puetri keempat bercerita tentang jadualnya yang sibuk. Maharaja kurang senang dengan jadual Puteri keempat, maka baginda pun berkata,

“Next year, i dont want to see u lingers around with this thing,”

Puteri keempat rasa agak sedih, bukan kerana dihalang untuk sibuk, tetapi tidak disokong oleh Maharaja kerana realitinya Puteri keempat amat mengharap sokongan Maharaja. Bukan untuk pujian, tetapi perhatian…

h1

‘maharaja, maharani dan putera puterinya’

November 19, 2007

Di dalam sebuah istana yang indah, bersemayam sebuah keluarga yang di kalangannya terdiri daripada maharaja yang adil, maharani yang baik hati, seorang putera yang kacak dan tujuh orang puteri yang cantik jelita.

Maharaja.

Baginda adalah raja yang adil, yang penyayang dan suka akan haiwan peliharaan terutamanya kucing. Baginda juga seorang yang humorous, tetapi jarang bersuara. Taat pada perintah Allah SWT dan agama. Suka diam dan berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan. Sangat bimbangkan keadaan putera dan puterinya yang tercinta dan kadangkala baginda akan memberi nasihat mengalahkan seorang guru kaunselor. Baginda adalah suami dan ayah yang hebat kepada maharani dan putera puterinya.

Maharani.

Maharani adalah orang yang sederhana sahaja. Penyayang, tidak banyak bercakap, tidak membuat keputusan kerana segala keputusan dilakukan oleh maharaja, sering sibuk dengan urusan komunitinya, sering bimbangkan putera puterinya. Maharani bijak dalam menangani masalah keluarga dan sering menjadi orang tengah antara putera puterinya dengan Maharaja.

Puteri Pertama.

Boleh tahan cantiklah. Hitam manis dan mepunyai figura yang cantik. Puteri pertama seorang kakanda yang bertanggungjawab tetapi kadang2 terlebih tanggungjawab sampai membuatkan adindanya yang lain resah terutama puteri keempat. tetapi Puteri Pertama ini seorang yang murah hati kerana sering memberi adindanya loan untuk kegunaan peribadi termasuk bersuka ria dan menyelesaikan masalah.

Puteri Kedua.

Puteri Kedua seorang yang sangat suka bekerja tapi dalam masa yang sama baginda suka membeli dvd2 yang seram dan psycho (cerita bunuh2) untuk tatapan bersama. Seorang yang baik, rajin menolong, dan comel lah.

Puteri Ketiga.

Puteri ketiga adalah seorang yang lasak. semasa lahir, baginda tidak menangis selama beberapa ketika sehingga menimbulkan kerisauan maharaja dan maharani. Seorangyang berperwatakan seperti lelaki, kelakar, dan baginda seorang gadis yang bijak serta pandai menjaga diri. Tetapi kadangkala baginda suka membuat keputusan sendiri dan bijak juga merahsiakannya dari pengetahuan maharaja dan maharani.

Puteri Keempat.

Mm..cuba teka..

Puteri Kelima.

Seorang yang agak pasif. Tetapi untuk pengetahuan anda, baginda adalah seorang yang sangat murah hati dan sanggup berkongsi apa-apa sahaja. Baik hati, pendiam, pandai dalam pengiraan, klakar semenjak lahir dan rajin membantu menyelesaikan kerja-kerja rumah sekiranya disuruh.

Puteri Keenam.

Baginda adalah pencinta kanak2. Suka bermain dengan mereka, bersiar2 tetapi Puteri keenam ini agak kurang pintar berbanding yang lain. Tapi disebabkan dia seorang yang rajin dan sudah berusaha sedaya upaya, dia seorang yang disenangi kerana pandai membawa diri.

Putera.

Baginda seorang yang bijak, pintar, tetapi agak egois. Tetapi baginda akan memberikan yang terbaik untuk orang yang berlembut dengannya. Seorang yang tegar dan kadang kala tidak mengikut kata. Baginda sangat rapat dengan puteri keempat. Biarpun putera agak egois, tetapi kerana baginda adalah pewaris takhta dimasa akan datang, maharaja mendidik beliau dengan begitu baik dan sekarang Putera semakin boleh mengadaptasi keadaan dan memberi yang terbaik..

Puteri Kelapan.

Puteri yang sangat degil. Baginda selalu sahaja dimarahi oleh kakandanya, maharaja dan maharani. tetapi satu kebaikan pada Puteri kelapan ini, baginda sangat bijak, cergas dan mempunyai jatidiri yang kuat-pernah dikurung didalam penjara rahsia kerana terlalu degil……

inilah bermulanya kisah kehidupan sebuah koloni maharaja..