
biar saya cerita background saya ya.
September 27, 2010mula dari sini.
saya bekerja sebagai seorang minah kilang di sebuah kilang yang kira standard dia tip top. Saya boleh di katakan suka lah bekerja dekat sini. Rasa dia best macam asam pedas Parit Jawa gitu. Setiap hari bos saya akan buat muka confuse bila saya nak balik awal. Terima kasih diucapkan kepada bos saya kerana sangat concern dengan penggunaan masa saya.
Saya juga bekerja pada hari sabtu dan kadang-kadang hari ahad untuk mengelakkan saya terlibat dengan gejala sosial. Ia juga menyebabkan saya membeli baju raya pada hari terakhir sebelum raya dan mampu berjimat cermat untuk menanmpung perbelanjaan perkahwinan saya yang saya tak tahu bila akan berlangsung.
sila lihat jam dibawah. ouh. saya masih belum balik lagi.
adoi..bos buat round up pula.
.
.
.
pura-pura buat kerja! (tak boleh blah sangat!!)