AH-ha..Assalamualaikum n salam sejahtera.
Harini aku nak bercerita tentang jadi kawan yang baik. Macam mana nak jadi kawan yang baik. Aku? Mm…aku ni bukan kawan yang baik sangat, tapi aku cuba untuk jadi kawan yang baik. sebab, aku ni manusia biasa jer. pada aku, kita saja yang mampu buat kawan kita jadi kawan yang baik.
Pertama sekali bila kita berkawan, kita mesti ikhlaskan hati. janganlah berkawan sebab kita nak minta balasan daripada mereka. Dan jangan pula sebab terlalu lurus dan ’baik hati’ kita dipergunakan oleh kawan kita. Maksud aku dengan ikhlaskan hati ialah, kita mesti sincere kalau buat sesuatu untuk mereka. Contohnya aku tolong kawan aku kemaskan tempat mereka kerana mereka terlalu sibuk. Bila aku sibuk pulak, taklah aku mengharapkan mereka kemaskan tempat aku semula.
Kedua, bersabar. terutamanya kalau kawan tu jenis yang tak boleh sorang2 dan minta kita tunggu mereka. Kalau korang rasa korang ikhlas untuk tunggu, jadi tunggulah. kalau tak, tak payah lah nak paksa diri sendiri untuk ikut kemahuan mereka. Sama juga dengan word compromise. just be yourself, n the world, ur friend will accept u for who u are.
Ketiga, jangan berbohong. senang kata kena berlaku jujur. aku selalu jadi orang yang berterus terang pd kawan2 aku. kenapa? sebab itu yang aku rasa aku patut untuk buat. kadang2, kita merasa tanggungjawab kita untuk membela diorang dan menjaga hati diorang dalam apa2 keadaan sekalipun. salah. kita perlu menjga hati sekiranya patut. kalau kita sayangkan kawan kita, jangan biarkan dia terus melakukan kesalahan yang sama. tegurlah. tegur. tak salah menegur. tapi tegur tu biarlah berhikmah. jangan kesalahan tu kita sendiri buat, tapi kita nak menegur kawan kita. dan seeloknya, kena selalu sama2 ingat-mengingatkan. have to bear in mind that human is not perfect. mesti ada yang kurang.
keempat. jangan pentingkan diri sendiri. kalau kita nak menjadi kawan yang baik, seharusnya kita perlu ambil kira kepentingan orang lain juga. ada seorang yang aku kenali, nak justify dia kawan aku atau pun tak pun so-so, ntahlah nak kata dia macam mana. selalu sangat pentingkan diri. analoginya seperti ini, kawan2 kena berkorban untuk dia, tapi kenapa harus dia berkorban untuk kawan2? Aku selalu tegur dia. tapi, sifat dia tak pernah berubah. tak pernah cuba pun. kalau korang jumpa org macam ni, jangan jemu untuk menegur. Doalah supaya satu hari nanti dia akan nampak apa yang dia selalu buat pada orang lain.
banyak lagi. tapi sambung nanti ya. aku kena submit journal esok. see u than









