h1

yang terbaik

June 28, 2008

assalamualaikum w.b.t

bukan semua org blh beri yang terbaik. walaupun kita dah cuba sedaya upaya, dan mungkin yang termampu kita lakukan..tapi masih bukan yang terbaik.

bukankah apabila kita melakukan sesuatu, pasti dan pasti ada manusia yang akan berharap. aku juga pernah berharap sama seperti anda. cuma aku tahu yang kadang2 harapan tu cuma mainan akal sahaja. anda percaya kah yang aku sudah cuba untuk tidak memberi harapan pada sesiapa dan apa2? mungkin bunyi itu pelik. tapi cuba tanya pada diri anda sendiri,

adakah aku pernah dikecewakan, dilukakan dan disakiti?

kalau pernah, cuba ingat kembali…org yang anda kenalikah yang memberi harapan atau anda sendiri yang menabur harapan? salah siapa ya? haha. tepuk dada, tanya hati dan tanya minda. itu yang aku sudah lakukan..berhenti berharap.

tapi masalah timbul bila org lain yang berharap pada anda, pada aku. tak mampu nak di elak. anda dan aku cuma perlu lakukan yang terbaik. biarpun mungkin sudahnya mereka mengatakan yang anda menghancurkan harapan mereka. ha~ jgn menuduh dulu..cuba anda pula berdiri di kaki mereka…mungkin anda juga akan katakan begitu….

sama seperti aku. aku cuba ingatkan aku sendiri. cuba lakukan yang terbaik. cuba.

Leave a Comment