Archive for June, 2008

h1

yang terbaik

June 28, 2008

assalamualaikum w.b.t

bukan semua org blh beri yang terbaik. walaupun kita dah cuba sedaya upaya, dan mungkin yang termampu kita lakukan..tapi masih bukan yang terbaik.

bukankah apabila kita melakukan sesuatu, pasti dan pasti ada manusia yang akan berharap. aku juga pernah berharap sama seperti anda. cuma aku tahu yang kadang2 harapan tu cuma mainan akal sahaja. anda percaya kah yang aku sudah cuba untuk tidak memberi harapan pada sesiapa dan apa2? mungkin bunyi itu pelik. tapi cuba tanya pada diri anda sendiri,

adakah aku pernah dikecewakan, dilukakan dan disakiti?

kalau pernah, cuba ingat kembali…org yang anda kenalikah yang memberi harapan atau anda sendiri yang menabur harapan? salah siapa ya? haha. tepuk dada, tanya hati dan tanya minda. itu yang aku sudah lakukan..berhenti berharap.

tapi masalah timbul bila org lain yang berharap pada anda, pada aku. tak mampu nak di elak. anda dan aku cuma perlu lakukan yang terbaik. biarpun mungkin sudahnya mereka mengatakan yang anda menghancurkan harapan mereka. ha~ jgn menuduh dulu..cuba anda pula berdiri di kaki mereka…mungkin anda juga akan katakan begitu….

sama seperti aku. aku cuba ingatkan aku sendiri. cuba lakukan yang terbaik. cuba.

h1

heyho

June 25, 2008

menangis. menangis ni benda yang apa org ckp tu,, luahan hati ek? bila aku nk menangis dan aku tak menangis, hati aku gile2 kutuk diri sendiri. aku nak menangis, tapi aku takut menyesal. waktu yang paling aku rasa sesuai untuk menangis adalah waktu aku penat, dan sibuk. tekanan.

kenapa aku tak menangis? sbb ego. aku ego. aku takmau kalah dengan hati sendiri. jadi aku tak menangis. benda tu sebabkan hati aku marah. macam mana nak lupakan hati yang marah? ketawa. yes, ketawa. aku suka ketawa. bila ketawa aku rasa lega. hilang segala macamm jenis penyakit hati dan akal yang ada dalam badan aku. tapi…

tapi bila aku kembali seorang, hati aku jadi makin marah. ia jadi makin sakit. otak makin jadi letih dan lesu. dan sekarang aku dah mula untuk menitiskan air mata.

ia mula ke titik ‘menangis’. resolusinya adalah tangisan. ego macam tembok pasir yang aku bina di pantai. angin macam jiwa aku yang sendirian, letih, lesu dan hilang. ombak pula macam airmata yang jatuh dari ciptaan Allah yang satu ni ~ ombak hasil dari angin yang bertiup dan meroboh pasir. diterjemah dengan satu ayat. penuh makna.

ia berulang, macam satu kitaran kehidupan. sumber angin itu masih sentiasa datang dan semakin panjang perjalanan angin, makin kuat ombak yang akan menghempas dan menggila. mungkin seperti tsunami dii jepun. aku tunggu. aku tahu kamu juga akan tunggu.