Archive for April, 2008

h1

Wise Choice

April 11, 2008

Salamm..Mmmm

Masuk arini, genaplah dua hari aku menjalankan interview untuk memilih Minggu Haluan Siswa Comittee untuk universiti aku. Manarik jugak kan. Aku baru tahun 2, Pelajar Universiti yang tak banyak mana pengalaman pun telah terpilih untuk duduk dan interview student lain yang kebanyakan umurnya lebih tua dari aku. Hehe…

Kadang2 kelakar jugak bila diorang panggil aku dengan gelaran Cik, atau Kakak. Ada yang menggigil, yang terketar2 bila jawab soalan, yang betul2 tak confident dan hanya tunduk bawah bila bercakap. Tapi alhamdulillah kerana sifat aku yang agak peramah dan mempunyai muka yang tersenyum buat mereka agak senang bila menjawab soalan aku. Ada yang senyum, ada jugak yang masam, yang dingin…….tapi aku tak kisah. Aku hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku. Selepas ni tanggungjawab aku untuk pilih mereka, yang layak dan yang tidak. Kena  pilih betul2. Pada masa yang sama, boleh jugak promote diri aku, disamping cari bf baru….hahahahhaha

Bolehkan cari bf baru?

h1

Empty Heart

April 7, 2008

 

You know

It’s hard to face life when you wake up with an empty side inside your heart

Even if you know what’s wrong

You still can do nothing

In fact you’ll continue your routine for it was your responsibilities

With an empty heart

 

Losing Grip

Maybe you just lose yourself,

You’ll try to make it better, but it getting worst

The worst is the best you can do

Or the best just don’t want to get along with you?

Oh, maybe

It came with an empty heart

 

Maybe you have your own expectation in life

The one that always put you down

You thinking of vanishing them,

But what’s life without expectation?

Sometimes it lures you with wonderful imagination

For you had already drown in deeper see

And when you realize,

You still can do nothing

With an empty heart

 

You live

You wait

Is it? Or it just an empty heart

 

 

 

h1

aBGLONG n aNIQ

April 4, 2008

Salam.hehe

abglong ni lelaki yang baik. sebab dia dah tua, jadi aku panggil dia abglong (xdela tua sangat-24 tahun). sama dengan aniQ. Budak berdua ni baik sangat dengan aku. Walaupun diorang dah tua, tapi masih nak layan aku main2.hahaha

Minggu ni aku sangat tertekan. terbeban dengan 3 test, 2 presentation, 2 function yang aku wajib hadiri, mesyuarat yang masih ketat berada dalam lingkungan tanggungjawab aku dan obviously my another task as a student leader.

Tapi semalam, aku terjumpa dengan abglong. Dia n aniQ da nak grade sebab final sem. so, this sem could be their last sem with me. aku rasa sedey gle, for at least aku boleh buli diorang kalau mood aku tak baik dan sebagainya. Tapi differ to last nite, aku rasa jauhhh sangat dengan diorang. So, aku terluah dengan abglong supaya jangan pergi, tinggallah lagi kat sini. Dalam masa aku tak sedar tu, airmata aku jatuh.

Memang aku sayang kat diorang. Sangat.

h1

Apa yang Geert Wilders mahu?

April 4, 2008

Assalamualaikum w.b.t, Good day,

mesti anda dah pernah dengar nama ni rite? nama mahluk yang belum beragama Islam dan menghina Islam dengn filem pendek FITNA.

i’ve seen the film myself. Aku sangat marah, dan apparently it’ll ruin my mood for the whole week. Ya Allah, sangat terukkah apa yang dia pandang pada Islam? Bukakanlah pintu hatinya untuk menerima Islam. Aku pasti dan pasti, sekiranya Wilders ini memeluk Islam, dia akan menjadi Muslim yang unggul.

Aku tahu yang Wilders ni mahu buat provokasi pada orang Islam. Dia mahu tunjukkan yang Islam itu memang sesuatu yang ganas, sekejam dia melabelkan islam sebagai Islamism, satu ideologi yang negatif.

Aku sedih, bagaimana karikatur Nabi Muhammad SAW di letakkan sebagai simbol yang aku sendiri tak sampai hati nak terjemahkan, ayat2 al-Quran diterjemahkan sesuka hati dan dihina. sedih sangat. Aku minta pada Allah dalam doa aku supaya Allah peliharakan kebaikan nama Nabi Muhammad SAW, minta peliharakan kitab suci Al-Quran, aku masih yakin, setiap kejadian ada hikmahnya sendiri. kalau anda punya hati yang kuat dan bersedia, lihatlah isi kandungan filem tersebut. tapi aku minta, anda bukakan pintu mata dan hati untuk mencari jalan penyelesaiannya, bukan untuk meghamburkan kemarahan, tapi untuk mengubah persepsi yang negatif ni.

Sila Boikot barangan Belanda.~ini salah satu cara. tapi aku ada cara aku sendiri.

Baru2 ni aku berkenalan dengan Umi, Mumtaz Fakir-Managing Director of Mumtaz Trading. Beliau berikan aku satu peluang, dan aku tahu ini bukan peluang yang aku boleh dapat dengan mudah. Aku dah bersedia. Terima kasih Umi.

Salam Sejahtera.

h1

CAP – Collegiate Ambassador For Peace

April 4, 2008

Salam.

Duta Keamanan Negara. Receive the certificate last week. Macam besar je kan tanggungjawabnya. but at least, i’ll find a way, n i have my way.

Wish me luck!

h1

saka

April 4, 2008

assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera

 gempak kan tajuk kat atas nie? macam ye2 je…tapi sebenarnya kat dalam dunia ni percaya atau tak memang wujud benda2 yang macam ni. dia hidup dalam alam yang kita hidup, makan apa yang mereka boleh makan,. ada agama, pendidikan, dan sebagainya. Cakaplah aku pelik sebab percaya perkara2 macam ni, tapi inilah kenyataannya.

’sebaik2 jin adlah sejahat2 manusia’.

aku tak pernah percaya ayat atau pepatah ni. kenapa kalau jin tu jahat sangat, tapi masih bertuankan manusia? terpaksa ikut semua kata2 tokDukun tu? kadang2 aku fikir manusia ni lagi jahat daripada jin. tak pernah nak duduk diam dengan apa yang dia dah miliki. Sentiasa ada perasaan dengki yang negatif untuk mengatasi orang lain.

Kenapa ada kes macam Nurul Huda Abd Ghani, atau adik Nurin jazlin? Manusia dah cukup kejam untuk dibuktikan. janganlah korang percaya dengan pepatah tu……Baru2 ni aku menghadiri satu seminar tentang kehidupan jin sebagai tetamu jemputan. Memang salah giler kalau aku tolak jemputan tu. Best gile! Banyak yang aku dapat. Bukan tu je, aku dapat aplikasikan pulak untuk aku sendiri…

 Kalau korang nak tau, aku pernah di~~. Bukan takmau cerita lebih2 atau taknak mengaku masa tu, tapi masa tu memang la aku sedar dan tau apa yang aku buat, cuma aku tak boleh nak control. Ketawa, menangis, marah…waktu tu malam, pukul 2 pagi..masa tu ayah aku risau sangat sampai dia berjaga kat ruang tamu satu hari. Aku tahu yang dia sangattt sayang kat aku, macam mak aku jugak. Bila fikir balik, kejadian macam ni memberi kita hikmah yang kita sendiri dapat tahu beberapa hari, bulan atau tahun selepas kejadian. Sesungguhnya aku baru sedar masa aku menaip post ni.

Baru2 ni aku telefon mak aku. Aku terus terang cakap ngan mak aku yang ‘dia’ masih berada dan duduk dalam badan aku. Aku ada belajar dengan ustaz camna nak minta ‘dia’ keluar..dan aku dah aplikasikan. Alhamdulillah, suma pun berjalan dengan lancar. Cuma beberapa potong ayat al-Quran, Ma’thurat dan Yaasin sahaja.

Cuma aku tak tahu ‘dia’ masih berada dalam badan aku atu tidak, Wallahu’ahlam. Aku mohon dia diberi hidayah oleh Allah dan menerima Islam. Amin.