kekukuhan jatidiri dan prinsip diri. itu macam topik yang aku nak tulis lah pada kali ini. aku perempuan, Islam, seorang anak, pelajar, seorang kawan dan pemimpin. untuk menjalankan semua tugas dengan sempurna itu tidak mungkin akan berlaku. tapi, kalau cuba untuk menjalankan tugas kita sesempurna yang mungkin, itu perlu.
baru aku sedar, untuk muhasabah diri tu bukan satu perkara yang mudah. muhasabah diri pun perlukan masa. perlukan perkara untuk difikirkan dan yang paling penting masa untuk diri sendiri. semenjak akhir2 ni aku langsung takda masa untuk itu. aku ada masa untuk diri sendiri, tapi bukan pada perkara2 yang remeh dan bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri. sekarang ni aku dah mula menghargai masa, menghargai orang lain dan mengeluarkan kata2 hanya untuk sesuatu yang memberi manfaat pada diri aku sendiri dan orang lain.
bila kita ada keutuhan jatidiri, kita tidak akan terkeluar dari landasan yang sepatutnya. ya, mungkin kita akan tergelincir sedikit, tapi Tuhan anugerahkan kita akal dan ingatan, maka berfikirlah dan beringat2lah.
Pada satu petang, aku terserempak dengan seorang pelajar yang pada luarannya dia biasa sahaja, tapi bila aku mula berbicara dengan dia, inilah yang dia luahkan:
‘its not money that matters, but something that cant buy with money. kita harus didik orang2 kita supaya ikhlas pada diri sendiri. jangan perlekehkan, menghina atau merendah2kan apa sahaja cara orang lain kerana kita tak tahu kita mungkin punya matlamat yang sama cuma cara sahaja yang buat kita berbeza… sebelum kita persoalkan cara orang lain, tanya pada diri kita adakah cara kita yang paling sempurna untuk tidak dipersoalkan. Jangan tanya apakah sumbangan orang lain, tapi tanya apa sumbangan kita pada orang lain‘.
mmg dia buat aku betul2 kagum. mungkin ini akan jadi prinsip hidup aku yang baru? mungkin.








