Archive for December, 2007

h1

kukatakan cinta itu sakti

December 26, 2007

pernah kah anda terdetik yang cinta itu sememangnya satu keajaiban.aku bukan sahaja bercakap tentang cinta antara sepasang kekasih,, tapi ya, it could be one. cinta adalah cinta. apa sahaja yang anda fikir tentang cinta, itulah dia.

Cinta mampu buatkan kita lakukan apa sahaja. bukan ja yang positif, sometimes lebih negative dari positive. aku kagum dengan nikmat cinta yang Allah beri pada aku. but i do think it’ll weak me and eats from the inside harder than the outer surface. i’m suffered enough from love n i had received bundle of joy from love too, but perhaps it never enough.

sekarang sudah tiba masanya anda bersyukur..dan aku juga!

h1

Mengertikan aku

December 25, 2007

hai.

aku baru sampai dari Melaka, Ismah Beach Resort. Best gak..tapi pergi sana untuk buat kerja. Cuma bila sehari suntuk duduk dan fikirkan sesuatu penyelesaian, aku boleh enjoy dekat tepi pantai n mandi2 kat situ untuk hanyutkan segala tension aku. Tiga hari aku kat sana, dan alhamdulillah, aku dah makin jelas tentang tanggungjawab aku. Instead of being a good student, i have to let myself being the other side of me, a leader,, a very good one. sebenarnya hati aku berkecamuk because still, i have other responsibilities macam menjadi anak yang solehah dan kawan yang baik, tapi how? Macam genggam pasir, kita tak boleh genggam satu tangan penuh kerana pasti, akan ada pasir yang jatuh nanti.

aku kena bersedia.

..dan kena KUAT!

di pantai Pengkalan Balak
h1

Bulan, Bintang dan Matahari

December 22, 2007

Keadilan. Sekarang aku mencari erti keadilan. Kenapa kadang2 kita rasa hidup kita tak adil, kadang2 sampai kita menangis dan bertanya kenapa kita boleh tersepit dengan keadaan yang kita rasa tak adil. Kenapa ya? Mungkin sebab kita terlalu tamak? mungkin….atau mungkin sebab kita terlalu naif sampai kita terlupa yang kita ni lebih beruntung dari orang lain–mungkin….atau mungin sebab kita menginginkan sesuatu, jalan hidup kita yang paling kita mahu ‘d ultimate satisfaction’ tapi tidak direstui..mmm,, mungkin………

‘Tapi pucuk pangkalnya kita mesti tabah. fikirkan hikmah yang kita boleh dapat dengan kekukuhan pegangan kita. jangan mengalah. janga cepat mengalah. jangan berindak dengan emosi, be rational’ itu yang aku selalu katakan pada diri aku. Selalu aku ingatkan diri aku yang ‘aku mesti bersyukur sebab berada dalam situasi yang adil’ tapi always, i ended up feeling frustrated and hurt.

aku teringat kata2 temanku. bintang tak bersinar sebab bulan hampir mengambang. tapi bintang punya cahaya sendiri sedang bulan perlu sokongan dari matahari. matahari pula datang dan pergi. bulan, bintang dan matahari punya waktu sendiri.

bintangku

masa tu hatiku terdetik, ‘mungkin bintangku belum tiba waktu untuk bersinar’…

ya, ia adil.

h1

izinkan aku merindu

December 18, 2007

seringkali kita merindui sesuatu sifat.

dengar la kisah ini.

beberapa hari lepas, aku join satu camp where there is a lot of provokasi dan soalan2 yang membuat aku terfikir panjang. salah satu soaln dari faci aku berbunyi macam ni, ”apakah sifat2 ibu kita yang paling kita rindu?”, sifat2 kekasih dan sebagainya, n most of us (latihan dalam kumpulan-ada 11 orang) jawab sifat2 macam penyayang, pemurah, prihatin, toleransi, faham, dan banyak lagi la…

lepas tu dia pun cakap, agaknya kat dalam Asma-ul-Husna (Nama2 Allah yang Indah) ada tak? agaknya kita rindu siapa sebenarnya ya?

Ayat tu buat aku terpukul. agaknya aku rindu pada siapa?

h1

wonder.

December 14, 2007

dalam dua tiga ari ni semenjak aku balik ke universiti untuk menjalankan tugas sbg pelajar yang ber amanah, stress aku semakin meningkat. hehe..tapi apa yang aku blaja, stress dapat meningkatkan quality kerja,,tapi jgn overstressed coz u’ll got the consequences later on!

n here..

since aku berulang alik dari universiti ke rumah sewa aku, kitorg (me n my colleagues) got a hot topic. why do men cry..well, not exactly cry like a child or a girl (maybe women), but yea, crying. this were ask by my girlfriends to my boyfriend. n here what he says;

“lelaki ni menangis kalau dia nak sesuatu yang mustahil, yang sgt susah untuk dia dapat…”

betul ka?

wonder.

h1

nasihat maharaja

December 11, 2007

arakian disambung cerita,

hari ini maharaja mencemar duli untuk menghantar puteri keempat ke tempat urusan puteri tersebut. Dan di dalam perjalanan ke sana, Puetri keempat bercerita tentang jadualnya yang sibuk. Maharaja kurang senang dengan jadual Puteri keempat, maka baginda pun berkata,

“Next year, i dont want to see u lingers around with this thing,”

Puteri keempat rasa agak sedih, bukan kerana dihalang untuk sibuk, tetapi tidak disokong oleh Maharaja kerana realitinya Puteri keempat amat mengharap sokongan Maharaja. Bukan untuk pujian, tetapi perhatian…

h1

Bengang ku di Putrajaya..huhu

December 11, 2007

heyho!

6 dan 7 Disember lepas, aku ada program kat Putrajaya, bukan program la, cam perasmian je. 6hb tu untuk sekretariat BPR IPTA. Dia punya program kul 9. disebabkan u aku kat Batu Pahat, kene ar travel lama. Tapi bila sampai sana, dia tinggal bagi sijil ja n then makan. habis da sampai kul 11..malu gak la, tapi buat cam tak reti je.hehe

makanan yg exclusive, sedap ke?

nmpk sedap kot..tapi aku makan tak abis, faham2 je la..hahaha

n then pastu da takde pape. jadik kitorang pun meround la kat kl n makan gak ar sate kajang. dari petang sampai malam, ngan sesat2 lagi, dengan kena hon ngan kete lain..nice experience but quite embarassing..untuk tunggu program esok yang bertempat di presint 2, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, pd pukul 2ptg. dan anda tau apa yang terjadi selepas itu? cuma delegasi kami sahaja yang ada. aaaahhh!!! siot je,, bukan nak inform pindah tempat. da la datang lambat, kul 2.30pm, datang2 receptionist pun bingung. Sekali korang nak tau kat mana mende alah tu?

PWTC.

kami abaikan. traffic jam beb!

aku rasa setiausaha yang incharge tgh weng.

h1

Di angkat mengangkat ;)

December 11, 2007

wuhuu..!! 24 sampai 30 hb november lepas aku incharge program anak angkat kat Muar, Jalan Dato’ Haji Kosai..best wa cakap sama lu!! enam ari tu.,,da naik sayang lak ngan keluarga angkat aku. yang paling takleh lupa bila aku ngan ank2 angkat yang lain kena buat tarian kebudayaan Sabah. kitorang pun buat la tarian Sumayau..walaupun penuh dengan cacat cela, tapi disebabkan oleh kitorang ni budak2 yang comel,,tau2 je la….huhu.. ;)

tarian hawaii??

ada byk sangat program yang diorang arrange,, gi perkampungan orang asli, blaja masak2, menari zapin, coooool!! it is just something that cannot easily forgotten.

n extremely a great experience.