selekeh!

badan terasa lenguh-lenguh, paling sedap kalau dapat baring katil sedas. bau paling wangi pun ketiak sendiri.
September 29, 2010
kedai dobi mereka tu macam nak carik gaduh saja
September 28, 2010‘akak, toto yang saya hantar tu dah siap ke belum?’ tanya aku yang kepenatan kerana singgah selepas balik kerja
‘jap eh,’akak tu jawab sambil ambil resit dari aku
‘wangi tak?’tanya aku lagi
‘taklah wangi, tapi kurang lah dari bau yang sebelumnya’ jawab akak tu selamba dengan lipstik merah menyala dan eye shadow gaya oprah winfrey.
‘cis, tak guna. nk kata toto gua busuk la tuh!’ desus aku menjerit dalam hati. hilang senyuman semanis mawar semasa aku tiba tadi.

biar saya cerita background saya ya.
September 27, 2010mula dari sini.
saya bekerja sebagai seorang minah kilang di sebuah kilang yang kira standard dia tip top. Saya boleh di katakan suka lah bekerja dekat sini. Rasa dia best macam asam pedas Parit Jawa gitu. Setiap hari bos saya akan buat muka confuse bila saya nak balik awal. Terima kasih diucapkan kepada bos saya kerana sangat concern dengan penggunaan masa saya.
Saya juga bekerja pada hari sabtu dan kadang-kadang hari ahad untuk mengelakkan saya terlibat dengan gejala sosial. Ia juga menyebabkan saya membeli baju raya pada hari terakhir sebelum raya dan mampu berjimat cermat untuk menanmpung perbelanjaan perkahwinan saya yang saya tak tahu bila akan berlangsung.
sila lihat jam dibawah. ouh. saya masih belum balik lagi.
adoi..bos buat round up pula.
.
.
.
pura-pura buat kerja! (tak boleh blah sangat!!)

to be hurt and to be loved
January 4, 2009it is strange to wrote this topic. i was called by my heart to wrote this since i did not do anything today that can impress myself. so i made a decision to made a landmark for this date. today.
besides myself, i did not have anyone to accompany me most of the time. well, stuff like have a meal together, playing round and messing up with trouble. i am 21 and i did not have that time which is what people call as teenagers. i am far from my family and then i started to involved with a lot of university’s programs. as a result, i gain friend but it is far from the word soul mate, not even a little, not even a bit.
few people regards me with their most sincere heart. when they need me with my experience and specialties, they would call me and left after they got what they want. it hurts. i am not questioning what i received, but often when u give something, it will be pleasure if people remembers u.
still i eating my lunch with no one besides myself, messing up with trouble and playing around. i get use to that long time ago.n got no offense dear.
but to be loved. it is also strange that i feel the loves around me even i did not see it. i got love from my Allah, n my parents send me their love through phone and bank account (it is a way right?) me too, got loves from my siblings and friends – even it is very few (angel, aizatfikry, daniel..and sorry for not mentioning ur name, yeah, i mean u). it is love though.
i think most of us forgot that love is something that is never enough even u r flooded by love. that is why people always complaining that they are the one who always being left behind. im trying to told myself about that.
but my heart keep rejecting it. oh, i am a human being.

tomorrow
January 4, 2009assalam
tomorrow’s going to be an election in my campus, and also will be my last day as a caretaker and always be a former leader in my university. its been a lot of experience, the good and the bad. but i bet, the good will not be remain good forever and the bad will not be remain bad forever. i drop tears a lot along the way and i laugh a way more worth than my tears. friendship and teamwork, leaders and followers, decisions and consequences, ups and downs,, yeah, i learn a lot!
it is sad that im going to leave my position and it is good that im leaving the throne for the better man. i am saving the next step im going to take in my workplace, and i know its tougher than one’s ever told. before this i’ve done a lot of immature decision, careless statement, silly mistakes and not forgetting not so sincere act. it taught me that no one is perfect, but u can be as perfect as a man can be. i experiment that quote many times, and i hope it did not end here except when im facing my own ending.
and after tomorrow, im going to post a lot!
ihasta luego!

ralat kesilapan
January 3, 2009assalamualaikum..
ralat (awkward) sebab satu mistake, hasilnya = dipulaukan dan dipinggirkan. layaknya mungkin diberi peluang. tapi betulkah? takut kesalahan yang satu itu diulangi.
cukup terasa kalau ia di tempat aku. cukup terkilan kerana mungkin jasa seseorang itu akan selenyapnya dilupakan kerana satu kesalahan yang dia tak sedar dia lakukan. suruh ia dijadikan pengalaman. tapi akan ada kah pengalaman seperti waktu itu datang semula?
cukup sedih. aku rasa sedihnya.
realitinya, toast to the person. yang dipulaukan dan yang memulaukan. yang dipulaukan kerana anda tak perlu bersusah-susah lagi untuk mereka dan yang memulaukan kerana tak perlu risau kesilapan yang sama akan dilakukan semula oleh orang yang sama.
orang yang lain untuk kesalahan yang sama, hanya Allah saja yang tahu.
ralatnya.

Cinta Dalam Hati
October 24, 2008Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.
ye ke?hehe…
salam.
aku ada cinta dalam hati. mmg sedih. tapi tak apalah. Mungkin belum sampai waktunya aku dapat tindakbalas yang menakjubkan pun, tapi aku rasa sudah sampai waktunya untuk aku cuba berhenti dari terus merasai cinta dalam hati!

Jadi kawan yang baik
September 16, 2008AH-ha..Assalamualaikum n salam sejahtera.
Harini aku nak bercerita tentang jadi kawan yang baik. Macam mana nak jadi kawan yang baik. Aku? Mm…aku ni bukan kawan yang baik sangat, tapi aku cuba untuk jadi kawan yang baik. sebab, aku ni manusia biasa jer. pada aku, kita saja yang mampu buat kawan kita jadi kawan yang baik.
Pertama sekali bila kita berkawan, kita mesti ikhlaskan hati. janganlah berkawan sebab kita nak minta balasan daripada mereka. Dan jangan pula sebab terlalu lurus dan ’baik hati’ kita dipergunakan oleh kawan kita. Maksud aku dengan ikhlaskan hati ialah, kita mesti sincere kalau buat sesuatu untuk mereka. Contohnya aku tolong kawan aku kemaskan tempat mereka kerana mereka terlalu sibuk. Bila aku sibuk pulak, taklah aku mengharapkan mereka kemaskan tempat aku semula.
Kedua, bersabar. terutamanya kalau kawan tu jenis yang tak boleh sorang2 dan minta kita tunggu mereka. Kalau korang rasa korang ikhlas untuk tunggu, jadi tunggulah. kalau tak, tak payah lah nak paksa diri sendiri untuk ikut kemahuan mereka. Sama juga dengan word compromise. just be yourself, n the world, ur friend will accept u for who u are.
Ketiga, jangan berbohong. senang kata kena berlaku jujur. aku selalu jadi orang yang berterus terang pd kawan2 aku. kenapa? sebab itu yang aku rasa aku patut untuk buat. kadang2, kita merasa tanggungjawab kita untuk membela diorang dan menjaga hati diorang dalam apa2 keadaan sekalipun. salah. kita perlu menjga hati sekiranya patut. kalau kita sayangkan kawan kita, jangan biarkan dia terus melakukan kesalahan yang sama. tegurlah. tegur. tak salah menegur. tapi tegur tu biarlah berhikmah. jangan kesalahan tu kita sendiri buat, tapi kita nak menegur kawan kita. dan seeloknya, kena selalu sama2 ingat-mengingatkan. have to bear in mind that human is not perfect. mesti ada yang kurang.
keempat. jangan pentingkan diri sendiri. kalau kita nak menjadi kawan yang baik, seharusnya kita perlu ambil kira kepentingan orang lain juga. ada seorang yang aku kenali, nak justify dia kawan aku atau pun tak pun so-so, ntahlah nak kata dia macam mana. selalu sangat pentingkan diri. analoginya seperti ini, kawan2 kena berkorban untuk dia, tapi kenapa harus dia berkorban untuk kawan2? Aku selalu tegur dia. tapi, sifat dia tak pernah berubah. tak pernah cuba pun. kalau korang jumpa org macam ni, jangan jemu untuk menegur. Doalah supaya satu hari nanti dia akan nampak apa yang dia selalu buat pada orang lain.
banyak lagi. tapi sambung nanti ya. aku kena submit journal esok. see u than
